SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

logo

VISI SEKOLAH
Melahirkan murid yang bersahsiah mulia dan berilmu

MISI SEKOLAH
Menerapkan nilai-nilai murni dan mengamalkan budaya ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti

PERIHAL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas ( SKTSA ) terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Off Jalan Langat, Klang, Selangor Darul Ehsan telah ditubuhkan pada 3 Oktober, 1994 dan mula beroperasi pada 1 Disember, 1994.

Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan iaitu pada sebelah pagi untuk murid-murid Tahap 2

( Tahun 4, 5 dan 6 ) serta Pra-Sekolah dan pada sebelah petang untuk murid-murid Tahap 1 ( Tahun 1,  2 dan 3 ).

Pada tahun 2016, jumlah murid SKTSA ialah seramai 1,780 orang manakala guru yang bertugas seramai 130 orang. Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat merupakan Guru Besar di sekolah ini dan dibantu seramai 4 orang Guru Penolong Kanan ( GPK ).

dscn0061 023 dscn0064 sktsa